2/03/2009

Generasi Komputer

Generasi Pertama ( 1951-1957)
Komputer dibina dengan tiub hampagas. Tiub ini merupakan tiub elektronik yang diperbuat dari kaca dan bersaiz lebih kurang mentol lampu.

Generasi Kedua (1958-1963)
Komputer dibina dengan transistor. (Transistor- peranti kecil yang menukarkan isyarat elektronik melintasi resistor) Transistor adalah lebih kecil, menggunakan kurang kuasa dan menghasilkan kurang haba berbanding tiub hampagas. Komputer generasi ini lebih cepat, kecil dan boleh dipercayai

Generasi Ketiga (1964-1969)
Komputer generasi ini menggunakan litar bersepadu (IC). Litar bersepadu ialah litar elektronik yang lengkap yang dibina daripada cip yang kecil dan diperbuat daripada silicon. Penghasilan komputer ini adalah murah, boleh dipercayai dan padat.

Generasi Keempat (1970-1990)
Generasi ini menggunakan mikropemproses, iaitu cip khusus yang dibangunkan untuk ingatan komputer dan logik. Ini telah merubah industri komputer dimana satu komputer peribadi yang kecil boleh dibina.

Generasi Kelima (1991- ke hari ini)
Generasi ini lebih merujuk kepada ‘generasi penghubung’. Penigkatan keupayaan internet telah membina laluan maklumat yang menakjubkan yang membolehkan perhubungan antara satu sama lain tanpa sempadan.

0 comments: