2/03/2009

Komponen Sistem Komputer

Terdapat lima komponen komputer yang utama:
i.hardware (perkakasan)
ii.software (perisian)
iii.people (manusia)
iv.procedure (prosedur)
v.data

Hardware (Perkakasan)
Merupakan komponen asas kepada komputer. Perkakasan merujuk kepada mesin, peranti atau alat yang dapat melakukan fungsi terhadap sistem komputer. Perkakasan terdiri daripada peranti input, peranti output, peranti storan sekunder, unit sistem dan peranti komunikasi.

Software (Perisian)
Merupakan salah satu aturcara komputer yang terdiri daripada jujukan arahan yang terperinci dan direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi-fungsinya tertentu. Perisian terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian system dan perisian aplikasi.

Ianya terbahagi kepada dua iaitu perisian sistem (system software) dan perisian penggunaan (application software).

People (Manusia)
Merupakan bahagian terpenting dalam sistem maklumat. Manusia juga merupakan pengguna yang membeli dan menggunakan perisian komputer. Dalam perniagaan, pengguna dikenali juga sebagai end-users (pengguna akhir), kerana mereka merupakan orang yang terakhir dalam “computer line” (bidang komputer).



Procedure (Prosedur)
Merupakan peraturan atau garis panduan yang perlu diikuti oleh manusia ketika menggunakan perisian, perkakasan dan data. Lazimnya prosedur didokumenkan dalam bentuk manual yang ditulis oleh pakar komputer. Manual juga disediakan oleh pengeluar perisian dan perkakasan bersama-sama produk meraka.

Data
Terdiri daripada bahan mentah yang belum diproses termasuk teks, angka, imej dan bunyian. Contoh fakta mentah ialah jumlah jam bekerja dan kadar gaji. Setelah data diproses oleh komputer, ia dipanggil maklumat. Contoh maklumat ialah jumlah pendapatan yang patut diterima bagi jumlah jam bekerja untuk sebulan.



Penyambungan dan Internet
Penyambungan dan internet boleh memperkembangkan peranan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian. Penyambungan merupakan keupayaan mikrokomputer untuk berkongsi maklumat dengan komputer lain. Data dan maklumat boleh dihantar melalui talian, kabel telefon, atau melalui udara. Oleh sebab itu komputer dapat disambungkan dengan komputer yang lain.

0 comments: