2/03/2009

Klasifikasi Komputer

Komputer boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut ukuran fizikal dan keupayaan. Ianya terdiri daripada:-

i.Supercomputers
ii.Mainframes
iii.Minicomputer
iv.Microcomputer


Supercomputers

Komputer yang berkuasa tinggi dan terbesar di antara senarai yang ada. Ia berkapasiti tinggi iaitu mampu untuk memproses berbillion arahan persaat (BIPS).

Digunakan oleh agensi-agensi besar untuk tujuan penyelidikan dan juga oleh kerajaan pusat sesebuah negara bagi menyelesaikan masalah saintifik yang rumit dan canggih.


Mainframes

Komputer yang bersaiz besar memenuhi satu bilik yang diwayar khas dan berhawa dingin. Ianya berkeupayaan memproses data yang banyak dengan pantas dan tepat. Walaubagaimanapun, keupayaannya adalah kurang berbanding dengan supercomputers. Ia mampu memproses berjuta-juta arahan persaat (MIPS). Digunakan oleh pihak-pihak pentadbiran swasta mahupun awam seperti bank, syaraikat, jabatan-jabatan kerajaan dan pengusaha kilang.



Minicomputer
Merupakan mesin bersaiz meja. Syarikat bersaiz sederhana atau jabatan di syarikat besar menggunakan komputer ini untuk tujuan tertentu.


Mikrokomputer
Merupakan komputer yang paling banyak digunakan pada hari ini. Mikrokomputer termasuk PC, komputer meja, komputer buku dan pembantu digital peribadi (PDA). PDA merupakan pakej komputer yang sangat kecil yang mengandungi pen sebagai alat input, pengecaman tulisan, alat organisasi peribadi dan berupaya berkomunikasi.

0 comments: