2/05/2009

KATEGORI BLOG

Boleh dikatakan , sekarang ini terdapat berjuta-juta blog di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai kategori. Setiap blog tersebut mempunyai niche masing-masing. Namun begitu, niche blog tersebut pasti akan tergolong di dalam satu kategori tertentu. Bagaimana seseorang blogger itu menentukan kategori blog pilihan yang sesuai ? Adakah seseorang blogger memilih kategori blog tersebut mengikuti permintaan ramai atau hanya sekadar memenuhi citarasa diri mereka sendiri ? Terpulanglah ya, kedua-dua faktor itu ada keburukan dan kebaikan masing-masing. Mari kita kaji serba sedikit mengenai pemilihan kategori blog.
1. Blog Peribadi
Ya tidak dinafikan ada juga blogger yang membina blog hanya untuk diri mereka sendiri. Blog tersebut telah dijadikan bagai sebuah diari oleh blogger tersebut.

Ada yang menceritakan mengenai kehidupan seharian mereka dan ada juga yang mengeluarkan sebarang pendapat mengenai isu semasa di blog mereka. Sebuah blog peribadi selalunya kurang mendapat trafik tetapi bila kredibiliti diri mereka telah terbina maka tidak hairan sebuah blog peribadi juga mampu mendapat trafik yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika blogger tersebut merupakan seorang yang terkenal seperti seorang selebriti ataupun seorang usahawan yang berjaya. Contoh blog peribadi : www.mohdsuhaimy.com
2. Blog Perniagaan
Zaman sekarang ni heboh orang memperkatakan mengenai penjualan produk fizikal ataupun digital secara online. Sistem penjualan secara online ini amat memudahkan pelanggan kerana mereka boleh mendapatkan barangan yang dikehendaki tanpa perlu pergi sendiri ke kedai. Oleh kerana itu, ramai peniaga yang telah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan blog sebagai medium pengantaraan mereka dengan pelanggan. Sudah ramai peniaga yang menjana keuntungan menjual produk mereka hanya melalui blog sahaja walaupun ketika itu peniaga tersebut berurusan dengan pelanggan hanya berkain pelikat sahaja. Ramai pengguna internet mencari barangan keperluan mereka di internet sahaja . Contoh blog perniagaan : www.jutawan-prepaid.com
3. Blog Informasi
Ramai pengguna internet dahagakan informasi-informasi menarik,terkini dan unik. Ada yang mencari informasi sekadar suka-suka sahaja dan ada juga yang mencari informasi untuk kepentingan diri atau untuk membantu menyelesaikan sebarang tugasan. Jadi di sini, blogger boleh mendapat trafik yg agak tinggi jika mereka pandai untuk mengoptimumkan blog mereka. Ada juga blogger yang membuat blog untuk mendapatkan sebarang keuntungan menerusi mana-mana program untuk menjana pendapatan di internet menerusi informasi yang diingini pennguna internet di dalam blog mereka. Contoh blog informasi : www.gainfotech.com
4. Blog Komuniti
Kebanyakan persatuan dan komuniti sukar mendapat ahli jika dilakukan secara offline. Tetapi dengan adanya kemudahan blog , mereka bagaikan boleh membuat satu komuniti maya yang sangat kukuh. Di blog tersebut memudahkan para ahli komuniti tersebut untuk berbincang dan menyuarakan sebarang pendapat untuk kepentingan komuniti. Di dalam blog tersebut , ahli komuniti dapat meramaikan rakan yang mempunyai sama minat dengan mereka . Contoh blog komuniti : malaysianbikers.com.my

0 comments: